SUKAN ILJTM WILAYAH TIMUR SWIT

 

 

APR 21

Sepak Takraw

ADTEC JTM Kampus Sandakan, Sabah

Peraturan AM

1. Peraturan pertandingan akan dijalankan mengikut undang-undang Permainan Gabungan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF).
2. Sekiranya timbul perselisihan dari segi pentafsirannya, maka undang-undang dalam Bahasa Inggeris terkini akan dipatuhi.
3. Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal Pertandingan.
4. Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal Kejohanan Sukan ILJTM Wilayah Timur kali Ke-11 2024 adalah muktamad.
5. Jawatankuasa Teknikal berhak meminda dan menambah mana-mana peraturan jika difikirkan perlu.
6. Acara sukan ini diurus oleh Jawatankuasa Penyelaras Pertandingan yang telah dilantik oleh Jawatankuasa Teknikal Pertandingan.
7. Sebarang keputusan tertakluk kepada budi bicara Jawatankuasa Penyelaras Pertandingan pada masa pertandingan berlangsung dan boleh dipanjangkan kepada Jawatankuasa Teknikal Pertandingan untuk makluman dan rekod.

Untuk maklumat lanjut peraturan sukan Sepak Takraw, sila klik pautan ini.

Tarikh & Masa

Selasa : 08:00 - 23:00 (22/04/2025)
Rabu : Tiada Pertandingan (23/04/2025)
Khamis : Tiada Pertandingan (25/04/2025)

Tempat

Gelanggang Sepak Takraw,
ADTEC JTM Kampus Sandakan, Sabah

Pegawai Penyelaras

Encik Norfaizal Riza bin Nordin
012-3193513

Encik Mohd Hairi bin Mohd
011-28732439