SUKAN ILJTM WILAYAH TIMUR SWIT
Akronim "SUKAN ILJTM WILAYAH TIMUR"
Dianggotai oleh 7 buah institut di Wilayah Timur di bawah Jabatan Tenaga Manusia
LATAR BELAKANG
Program ini mulai diperkenalkan di Wilayah Timur sejak tahun 2009 yang bertujuan sebagai salah satu program bersama semua kakitangan dan tenaga pengajar ILJTM
Wilayah Timur. Ianya merupakan kesinambungan daripada penganjuran terakhir pada tahun 2023 di mana ILP Miri sebagai tuan rumah.
Pada tahun ini, penganjuran ini merupakan kali ke-11 dan akan mempertandingkan 11 acara sukan iaitu Bola Sepak, Futsal, Dart (VIP), Bola Tampar, Sepak Takraw,
Bola Jaring, Ping Pong, Badminton, Tennis, Trek Balapan dan E-sport. Kebanyakan acara akan diadakan di dalam kawasan ILP Sandakan, namun ada sesetengah acara
memerlukan penyewaan di luar kerana fasiliti tidak mencukupi atau sebahagian acara sukan berlangsung secara serentak. Bagi sesetengah acara pihak penganjur juga
memerlukan khidmat pengadil luar yang bertauliah bagi mengawal serta mengadili pertandingan dengan lebih baik.
Kejohanan Sukan ILJTM Wilayah Timur atau nama singkatan SWIT adalah merupakan satu acara sukan tahunan yang melibatkan pelajar
dan kakitangan ILJTM Wilayah Timur yang merangkumi 7 buah ILJTM iaitu ADTEC JTM Kampus Wilayah Persekutuan Labuan,
ADTEC JTM Kampus Miri Sarawak, ADTEC Bintulu Sarawak, ADTEC JTM Kampus Kota Samarahan Sarawak, ADTEC JTM Kampus Serian Sarawak, ADTEC JTM Kampus Kota Kinabalu Sabah dan ADTEC JTM Kampus Sandakan Sabah.
Berikut adalah objektif Kejohanan Sukan SWiT-XI 2025 yang diadakan di ADTEC JTM Kampus Sandakan:
1. Mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kakitangan dan pelajar ILJTM Wilayah Timur.
2. Menggalakkan kerjasama yang lebih erat antara kakitangan dan pelajar ILJTM Wilayah Timur.
3. Memupuk semangat berpasukan dalam setiap pasukan yang bertanding.
4. Menyatupadukan kakitangan dan pelajar ILJTM Wilayah Timur.
5. Menyemarakkan lagi Budaya Suka dalam kalangan kakitangan dan pelajar ILJTM Wilayah TImur.
ADTEC JTM Kampus Sandakan, Batu 5, Jalan Sibuga, 90000, Sandakan, Sabah | SWiT-XI Wilayah Timur 2024