SUKAN ILJTM WILAYAH TIMUR SWIT

 

 

Dart VIP
Apr 21

Dart VIP Sukan ILJTM Wilayah Timur

ADTEC JTM Kampus Sandakan, Sabah

Peraturan Am

1. Semua peraturan pertandingan dan peraturan teknikal adalah berpandukan kepada peraturan-peraturan yang digunapakai oleh WORLD DART FEDERATION (WDF) yang digunapakai oleh Malaysia Dart Association (MDA) dan peraturan-peraturan sedia-ada iaitu Pertandingan Dart VIP Sukan ILJTM WILAYAH TIMUR 2024 (SWiT-XI).
2. Peraturan pertandingan ini adalah ditentukan dan ditetapkan oleh Jawatankuasa Teknikal untuk pertandingan ini, yang mana keputusan Jawatankuasa adalah MUKTAMAD.
3. Pemain dan Penyokong/Penonton adalah sama sekali tidak dibenarkan Merokok atau Meminum Minuman Beralkohol/Keras dalam Dewan Pertandingan sepanjang Pertandingan ini berlangsung.
4. Pihak Penganjur adalah tidak bertanggungjawab ke atas segala kemalangan, kecelakaan dan kehilangan harta benda kepada mana-mana peserta atau pegawai sepanjang kejohanan ini berlangsung.
5. Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.
6. Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan Kejohanan Sukan ILJTM Wilayah Timur kali Ke-11 2024 adalah muktamad.
7. Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan berhak meminda dan menambah mana-mana peraturan jika difikirkan perlu.
8. Sebarang keputusan tertakluk kepada budi bicara Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan pada masa pertandingan berlangsung.

Untuk maklumat lanjut peraturan sukan Dart VIP, sila klik PAUTAN INI.

Tarikh & Masa

Selasa : 20:00 - 23:00 (22/04/2025)
Rabu : 20:00 - 23:00 (23/04/2025)
Khamis : Tiada Pertandingan (25/04/2025)

Tempat

Dewan Besar,
ADTEC JTM Kampus Sandakan, Sabah

Pegawai Penyelaras

Encik Mohd Azrul bin Othman
012-3193513